← TempahKek

Terma Penggunaan

Kemas kini: 17 Oktober 2026 · Miracle Mikhael Enterprise

1. Perkhidmatan

TempahKek ialah alat untuk home baker dan kedai kek mengurus order, kuota harian, slot pickup dan rekod deposit/baki. Dengan mendaftar, anda bersetuju dengan terma ini dan Notis Privasi.

2. Harga

TempahKek percuma semasa fasa awal. Kami akan beritahu sekurang-kurangnya 14 hari lebih awal sebelum ada sebarang caj, dan anda boleh pilih untuk berhenti tanpa dicaj.

3. Duit customer anda

TempahKek tidak memegang atau memproses duit. Customer bayar terus ke akaun/DuitNow kedai anda. TempahKek hanya merekod bayaran yang anda atau customer masukkan. Anda bertanggungjawab menyemak bayaran sebenar masuk sebelum mengesahkan order.

4. Tanggungjawab anda

5. Ketersediaan

Kami berusaha supaya TempahKek sentiasa berfungsi, tetapi tiada jaminan 100% tanpa gangguan. Export order anda ke CSV secara berkala sebagai simpanan sendiri.

6. Had liabiliti

Setakat yang dibenarkan undang-undang, kami tidak bertanggungjawab atas kerugian tidak langsung (contoh: order terlepas, untung hilang) akibat penggunaan atau gangguan perkhidmatan. Semasa fasa percuma, liabiliti kami terhad kepada RM100.

7. Penamatan

Anda boleh berhenti bila-bila masa dan minta akaun dipadam. Kami boleh menggantung akaun yang melanggar terma ini.

8. Undang-undang

Terma ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Soalan: hello@tempahkek.com.