TempahKek dikendalikan oleh Miracle Mikhael Enterprise, Malaysia. Hubungi kami: hello@tempahkek.com.
Untuk data customer anda, anda ialah pengguna data (data user) di bawah Akta Perlindungan Data Peribadi 2010, dan kami memproses data itu bagi pihak anda untuk menjalankan TempahKek sahaja. Kami tak jual, sewa atau kongsi data customer anda untuk pemasaran.
Data disimpan di Cloudflare (pangkalan data D1). Pelayan mungkin berada di luar Malaysia. Sambungan sentiasa disulitkan (HTTPS).
Kami guna cookie sesi untuk log masuk. Di laman utama sahaja, jika anda tekan Terima, kami muatkan Meta Pixel untuk ukur keberkesanan iklan (lawatan halaman, klik daftar). Kami juga simpan ID klik iklan (fbclid) selama 7 hari, kecuali jika anda tekan Tolak. Jika anda tekan Tolak, ia tidak dimuatkan. Meta Pixel tidak dimuatkan di halaman log masuk/daftar, di dalam app, link order customer atau halaman status. Bila anda mendaftar, pelayan kami menghantar satu acara pendaftaran ke Meta dengan emel dan ID akaun yang di-hash (tidak boleh dibaca), alamat IP dan jenis pelayar, kecuali jika anda tekan Tolak.
Kami hantar emel dari noreply@tempahkek.com melalui Cloudflare Email Service: emel selamat datang, link tukar kata laluan, dan maksimum 3 emel tips untuk mula guna (boleh dimatikan di Tetapan). Untuk faham bagaimana TempahKek digunakan, pelayan kami merekod acara asas (contoh: daftar, hantar cadangan) ke PostHog (EU) menggunakan ID kedai sahaja, tanpa nama, emel, telefon atau data customer, dan tanpa cookie di pelayar anda.
Selagi akaun anda aktif. Sesi tamat dalam 30 hari. Anda boleh padam akaun sendiri di Tetapan โ Padam akaun. Data akaun dan data customer kedai anda terus dipadam, kecuali salinan sandaran yang dipadam secara berperingkat (maksimum 30 hari).
Anda boleh minta akses, pembetulan atau pemadaman data, dan export order anda ke CSV bila-bila masa dari Tetapan. Emel hello@tempahkek.com untuk sebarang permintaan.
Jika notis ini berubah dengan ketara, kami akan maklumkan dalam app atau melalui emel.